Aku~

My photo
setiap orang ada cerita hidup masing-masing begitu juga aku...

Pages

-

“Duhai tuhan jika dengan melepaskan cintaku aku akan mewarisi kewarasan ku maka bialah aku menjadi begini seumur hidup ku..Duhai Tuhan.. Meskipun sudah bertahun dia mengikat tali cintaku tanpa sebuah makna..Biarkanlah cintaku tumbuh.. Biarkanlah ia semakin merekah dan mekar.. Meskipun aku telah layu dan mati..”

04 July, 2012

Nisfu Sya'ban

::: Salam Nisfu Sya'ban untuk semua umat islam di muka bumi ini... Di kesempatan ini saya nor ashikin dengan rendah hati dan seikhlas hati ingin memohon ampun dan maaf andai ada terkasar bahasa..tergurau luar bqtasan..ade menyinggung mana2 perasaan..ada terkasar tingkah laku... Semoga kita ditetapkan iman dan sabar dalam menjalani liku2 hidup sehingga pulang kepadaNYA...
Pada malam ini, amatlah digalakkan supaya kita memperbanyak munajat kepada-Nya. Banyakkan berdoa dan mohonlah keampunan-Nya daripada dosa-dosa kita yang terlalu banyak itu.
Sesungguhnya, Allah tidak akan membiarkan kita hidup di muka bumi ini tanpa perancangan-Nya. Pada malam nisfu syaaban, Allah menyusun dan mengatur bilangan orang yang akan lahir dan yang akan meninggalkan dunia ini pada tahun ini. Begitu juga dengan amalan kita. Sebanyak mana yang telah kita lakukan, sebanyak itulah amalan yang akan diangkat. Pada malam ini juga rezeki manusia diturunkan ke dunia. Justeru, pada malam yang Allah bukakan pintu rezeki seluas-luasnya buat hamba-hamba-Nya ini, seharusnya kita tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk meminta rezeki yang baik daripada Allah.
Banyakkan berfikir tentang masa depan kita di akhirat kelak. Sejauh manakah kita sebenarnya telah melaksanakan suruhan-Nya, dan meninggalkan larangan-Nya? Atau apakah sebenarnya kita masih leka dan terpedaya dengan kenikmatan dunia lantas melupakan tanggungjawab amar maaruf nahi mungkar yang bukan satu pilihan itu?
"Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam Nisfu Syaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci)."
(Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain)
Al-Albani mensahihkan hadith ini dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah. (jilid 3, .m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma`arf, Riyadh)
Allah mengampunkan dosa hamba-hambanya yang bertaubat dan memohon keampunan pada-Nya pada malam ini kecuali dua golongan.
Golongan pertama ialah orang yang mensyirikkan Allah. Syirik termasuklah syirik jali (terang-terangan) mahupun syirik khafi. Syirik jali seperti menyembah berhala, memuja kubur dan memuja pantai. Antara contoh syirik khafi ialah mengatakan bahawa politik dan agama adalah dua perkara berbeza. Kenyataan seperti ini membawa maksud bahawa agama tidak dapat memandu manusia di muka bumi ini baik dari segi ekonomi, sosial mahupun rumahtangga, sebaliknya undang-undang buatan manusialah yang boleh mengatur kehidupan manusia. Ini menjadikan sebahagian besar daripada isi kandungan Al-Quran yang menyebutkan tentang peraturan hidup manusia, terabai.
Golongan kedua ialah orang yang berdendam dan tidak mahu memaafkan orang lain. Manusia umumnya jarang mahu memaafkan orang lain. Mari kita berfikir sejenak, apalah ertinya kita hidup serumah, sekampung, mengaku sebagai saudara seIslam namun tidak mampu memaafkan kesalahan orang lain? Allah adalah penguasa yang tiada manfaat pada-Nya apabila Dia mengampunkan hamba-Nya. Namun kita? Siapalah kita untuk menjadi orang yang cukup sukar untuk memaafkan?
Sekali lagi, marilah kita sama-sama menghidupkan malam nisfu syaaban dengan bermunajat kepada-Nya, moga Allah mengampunkan dosa-dosa kita dan mengurniakan keberkatan kepada rezeki kita. Tingkatkan amal, moga buku catatan baru ini lebih baik daripada yang sebelumnya.

~hanya share dari "perubatan.org."
 

_